Monday, October 5, 2009

Tips Bertudung (Jilbab) Menutup Aurat

Majalah Nur
Terbitan Karangkraf


Bertudung atau berpenampilan sopan adalah cara kita menzahirkan agama kita. Iman bukan sahaja dengan hati, bahkan melibatkan lahiriah dan batiniah. Ini kerana di sini mulanya penilaian orang bukan Islam kepada agama yang suci ini. Islam telah menetapkan cara berpakaian dan khususnya cara mengenakan tudung.

Antara tip yang boleh diamalkan ialah jangan memakai tudung yang agak jarang, nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada wanita. Jika jarang, anda digalakkan memakai baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher. Pakaian yang menampakkan apa yang patutnya disembunyikan mencuri banyak pandangan lelaki seterusnya menimbulkan nafsu di hati mereka yang akan membuka peluang kepada syaitan menghasut mereka yang lemah imannya.

Dalam suatu riwayat menceritakan, Rasulullah pernah bertanya Rasulullah, Hai Iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?

Maka Iblis menjawab: Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya.

No comments:

Post a Comment